Tuesday, May 29, 2012

RAHSIA JARI

PERHATI jari...
RENUNG perlahan-lahan dan mendalam.

LURUSkan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka.
5 rukun,5 waktu !

LEKAPkan jari itu atas meja...





JARI KELENGKING,yang kecil dan kerdil.
Seperti manusia dan apa sahaja yang hidup akan bermula daripada kecil kemudian membesar dan terus membesar.Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya.Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi impak yang besar di hari mendatang! 

JARI MANIS,comel dan mulus.
Apatah lagi andai ia dihias dengan sebentuk cincin bertahtah berlian.
Manisnya semanis usia muda remaja!
Di usia remaja ini sentiasa dibelenggudengan pelbagai cabaran dan dugaan.Hanya TAQWA dan IMAN sahaja yang akan meletak kita di landasan sebenar dalam memilih jalan kehidupan.Andai tergelincir saat ini,hidup akan tidak berharga lagi.

 JARI HANTU,yang paling tinggi daripada jari-jemari lain.
Alam dewasa adalah kesinambungan hidup dari apa yang kita lakar di zaman remaja.Perlu semakin berhati-hati kerana semakin ramai ‘hantu-hantu’ yang datang mengoda.Hantu hasad dengki,hantu ego,hantu tamak,hantu iri hati dan seribu satu hantu lag.GAGAL MENGAWAL EMOSI boleh memerangkap diri untuk bersubahat dengan nafsu dan syaitan! 

JARI TELUNJUK,mengungkap satu dan keESAan TUHAN ketika bersembahyang.
Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini.Gagahnya ia sebagai penunjuk arah,menjadi contoh dan teladan.Manusia yang berada di tahap usia ini hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan menjadi pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang HEBAT!

 IBU JARI,ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan.Begitulah disaat akhir usia,TUGAS KITA sepatutnya membenarkan sesuatu yang benar dan mentafsirkan pelbagai perkara demi kebaikkan sejagat.

 Jika dapat memahami semua RAHSIA JARI-JEMARI ANDA ,genggamlah semua jari dan angkatlah ibu jari anda sambil melaungkan……

GOOD!
YES!

Sesungguhnya anda boleh BERJAYA

Sunday, January 22, 2012

SATU PERINGATAN untuk kita semua. Mari kita renung-renungkan bersama ..
fikirkan bersama ..
jika satu hari nanti kita mati,
akaun FACEBOOK kita, hanya kita yang tahu password nya,,,
hanya kita yang boleh access..

dan......

Selepas kita meninggal ..
apa terjadi pada akaun FB...