Sunday, January 22, 2012
Wednesday, January 18, 2012
Dalam keluaran lalu, diceritakan idea dan harapan pembangunan SAHABAT 33 tahun lalu. Selepas tempoh yang sudah amat matang, rakyat Sabah sepatutnya melihat impian pembangunan oleh pemimpin-pemimpin yang telah mengemukakan dan mempersetujui idea ‘tranformasi’ itu. SAHABAT perlu dikenali kerana ia dibangunkan atas alasan memacu pembangunan di Sabah.
Kedudukan Petugas SAHABAT Dari keluasan yang ditawarkan untuk dimajukan, kelulusan untuk kawasan SAHABAT adalah seluas 137,593.00 hekter dan seluas 107,492.00 hekter telah dimajukan. Keluasan yang dimajukan itu terdiri daripada 5.22% kawasan berpeneroka, 93.19% kawasan tidak berpeneroka, dan selebihnya menjadi kawasan penempatan dan bandar.
Mengubah lanskap Lembah Segama yang sukar dihubungi dan tidak dikenali kepada wajah SAHABAT hari ini bukanlah suatu perjalanan yang singkat dan mudah. Petugas-petugas yang terlibat meneroka dan hingga kini masih bertugas, telah menghabiskan 33 tahun dari usia mereka di SAHABAT. Petugas-petugas yang memiliki kenangan pahit manis sejarah awal pembangunan SAHABAT pasti gembira melihat dan bersama menikmati kemajuan yang kini ada di SAHABAT. Petugas-petugas ini terus berkhidmat walaupun tidak pernah digelar PENEROKA di lembah yang kini menghasilkan jutaan ringgit.
Dari keluasan yang ditawarkan untuk dimajukan, kelulusan untuk kawasan SAHABAT adalah seluas 137,593.00 hekter dan seluas 107,492.00 hekter telah dimajukan. Keluasan yang dimajukan itu terdiri daripada 5.22% kawasan berpeneroka, 93.19% kawasan tidak berpeneroka, dan selebihnya menjadi kawasan penempatan dan bandar.
Kawasan berpeneroka adalah kawasan dimana ditawarkan pemilikkan tanah kepada rakyat Sabah yang perlu dibayar kembali melalui potongan pendapatan hasil kebun kelapa sawit yang mereka perlu usahakan dan tanah-tanah ini hanya akan diberikan kepada mereka setelah mereka selesai membuat Bayaran Kembali. 9.12% dari 125,892.00 hekter iaitu di SAHABATdan Gugusan Umas ditawarkan kembali kepada rakyat Sabah sebagai PENEROKA FELDA. Sementara Gugusan Kalabakan belum lagi ditempatkan Peneroka yang sepatutnya terdiri dari suku Murut khususnya yang berasal dari kalabakan.
89.08% daripada kawasan dimajukan adalah kawasan tidak berpeneroka yang tidak ditawarkan kepada sesiapa dan diuruskan melalui anak-anak syarikat FELDA.
Pecahan Peneroka FELDA mengikut suku/etnik
Sejak Jemaah menteri pada 13hb.Mac 1996 menetapkan dasar tiada lagi pengambilan peneroka baru, peneroka FELDA di Sabah hanya terdiri dari seramai 1648 orang dengan keluasan kawasan yang ditawarkan untuk dibayar kembali seluas 10136.18 hekter keseluruhan. Peneroka-peneroka ini terdiri dari pelbagai suku dengan suku Bajau menjadi golongan yang paling ramai iaitu 42% dari 1648 orang tersebut.
Pada 14hb.Januari 1998 Jemaah Menteri telah bersetuju supaya tanah ladang yang tidak dimasukkan peneroka dikeluarkan hakmilik kepada FELDA dengan bayaran premium RM500.00/hekter. Keputusan tersebut disampaikan kepada semua Menteri Besar dan Ketua Menteri yang berkenaan. Berikutan keputusan tersebut, kerajaan Sabah telah mengemukakan tuntutan premium tambahan kepada FELDA bernilai RM122.9 juta. FELDA telah menjelaskan tuntutan tersebut pada 24hb.Februari 2000 menjadikan keseluruhan premium yang dibayar kepada Sabah sebanyak RM144.8 juta. Dengan nilai bayaran tersebut FELDA memiliki tanah lebih dari 100 ribu hekter (bukan ekar) di Sabah, yang pada asalnya hanya diminta oleh kerajaan Sabah untuk membantu mempercepatkan KEMAJUAN di SABAH. Dan sudah tentu pemilikan ini bukannya untuk satu dua tahun… Kini FELDA bukan sekadar membantu memacu pembangunan Sabah, tetapi menjadi tuan tanah untuk ratusan ribu hekter tanah di Wilayah Sabah.
Sunday, January 15, 2012
Jangan percaya hasutan, Najib gesa peneroka Felda
PEKAN - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta peneroka Felda supaya jangan percaya dengan hasutan pihak pembangkang kononnya cadangan kerajaan menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia akan merugikan para peneroka tanah rancangan itu.
Perdana Menteri berkata, para peneroka tidak perlu berasa bimbang dan jangan percaya dengan hasutan pihak pembangkang yang mengatakan bahawa penyenaraian itu akan merugikan mereka.
Saturday, January 14, 2012
SAHABAT
12hb.Februari genaplah 33 tahun dari tarikh surat pelawaan Sabah untuk memajukan tanah SAHABAT;
12hb.April1979..Menandatangani Surat Perjanjian dengan Sabah diwakili oleh Ketua Menteri Sabah dan kata sepakat yang dimenterai disaksikan oleh Menteri Tanah dan Pembangunan Wilayah pada masa itu.
33 tahun SAHABAT telah wujud hasil visi dan misi pemimpin-pemimpin yang berkuasa melalui suara rakyat Wilayah Sabah. Pemimpin-pemimpin yang pada ketika itu benar-benar mahukan suatu perubahan dengan matlamat untuk dinikmati oleh rakyat Negeri di Bawah Bayu, telah lebih awal mengorak langkah melakukan suatu transformasi dengan meminta Kerajaan Persekutuan bersama membantu mempercepatkan program pembangunan di wilayah yang dinaunginya. Pemimpin dengan jolokkan Yang Berhormat nampak suatu keperluan untuk membangun dan memajukan tanah subur yang luas yang dikongsi bersama oleh rakyat Sabah yang terdiri dari puluhan etnik. Mereka dari awal tahu kemakmuran dikalangan pelbagai etnik ini tidak akan pernah menghalang andai berlaku suatu HIJRAH di daerah yang diwarisi bersama.
“…Kerajaan Negeri Sabah sangatlah mengalu-alu kemasukan dan penyertaan FELDA di dalam rancangan pembangunan di negeri ini. Kerajaan negeri memerlukan penyertaan FELDA untuk membantu di dalam mempercepatkan lagi proses dan tempoh pembangunan di negeri Sabah khususnya di bidang pembangunan tanah…” ( YAB Datuk Haris Mohd Salleh - Ketua Menteri Sabah )
04hb.April 1979..Sabah mengeluarkan surat tawaran untuk memajukan Semenanjung Dent di kawasan Lembah Segama dalam daerah Lahad Datu dan Umas-Umas di daerah Tawau.Dan kawasan-kawasan yang ditawarkan bertambah lagi pada tahun 1984.
“…adalah diharapkan bahawa FELDA boleh membuka projek-projek di negeri Sabah dengan secepat mungkin dan membantu Kerajaan Negeri Sabah dalam usaha-usaha pembangunannya…” ( YAB Datuk Haris Mohd Salleh - Ketua Menteri Sabah )
33 tahun SAHABAT telah wujud hasil visi dan misi pemimpin-pemimpin yang berkuasa melalui suara rakyat Wilayah Sabah. Pemimpin-pemimpin yang pada ketika itu benar-benar mahukan suatu perubahan dengan matlamat untuk dinikmati oleh rakyat Negeri di Bawah Bayu, telah lebih awal mengorak langkah melakukan suatu transformasi dengan meminta Kerajaan Persekutuan bersama membantu mempercepatkan program pembangunan di wilayah yang dinaunginya. Pemimpin dengan jolokkan Yang Berhormat nampak suatu keperluan untuk membangun dan memajukan tanah subur yang luas yang dikongsi bersama oleh rakyat Sabah yang terdiri dari puluhan etnik. Mereka dari awal tahu kemakmuran dikalangan pelbagai etnik ini tidak akan pernah menghalang andai berlaku suatu HIJRAH di daerah yang diwarisi bersama.
Pusat Pentadbiran SAHABAT di Bandar Desa Kencana
Dalam usia 33 tahun, SAHABAT telah wujud dengan sistem pentadbiran yang memiliki dana dan prasarana tersendiri diperolehi melalui hasil bumi Sabah. Sistem pengurusan SAHABAT yang seakan KERAJAAN dalam Wilayah Sabah telah berjaya melahirkan pelbagai kemakmuran hidup yang masih kurang diketahui oleh segelintir rakyat Sabah sendiri. Rakyat Sabah yang melakukan lawatan pertama ke SAHABAT pasti terkejut kerana di SAHABAT wujud bandar Cenderawasih yang masih tidak kelihatan di peta Wilayah Sabah. Jika bukan rakyat dari daerah-daerah berhampiran Lahad Datu, kunjungan pertama pasti membuat mereka terpegun melihat keindahan Laut Sulu di tinjau dari pesisir pantai SAHABAT yang memiliki sebuah resort yang jauh lebih baik dari mana-mana resort di sekitar pantai Timur Sabah.SAHABAT Resort yang digabungkan dengan pantai indah lengkap dengan trek pejalan kaki sesuai untuk melakukan riadah sambil menikmati tiupan angin Lautan Sulu
Bandar Cenderawasih dan beberapa bandar-bandar di SAHABAT, masih ramai rakyat Negeri Bawah Bayu tidak sedar kewujudannya.
Transformasi yang diinginkan pemimpin-pemimpin 33 tahun dahulu kini benar-benar telah mengubah lanskap sebuah lembah kepada sebuah kawasan makmur yang menjana jutaan RINGGIT MALAYSIA.
Sebagai rakyat yang memiliki Negeri Paduka Mat Salleh ini sedarkah anda SAHABAT SUDAH BERUBAH?
Ikut siri-siri akan datang kerana SAHABAT adalah WARISAN UNTUK GENERASI akan datang.Sabah Tanahairku
Pemuda-pemudi
Marilah Bersama..
( JANGAN SAMPAI LUPA LIRIK LAGU Di ATAS )
Wednesday, January 11, 2012
PADAH SEKEPING GAMBAR
TAHUKAH ANDA, wujud aplikasi yang dikenali editor x-ray yang boleh membogelkan gambar orang. Dalam erti kata lain, jika seseorang bergambar dengan memakai pakaian lengkap, dengan menggunakan aplikasi itu gambar dirinya boleh dijadikan tanpa memakai sebarang pakaian pula. Ia amat berkesan jika dilakukan ke atas orang yang memakai baju berwarna cerah atau putih.Lihat gambar sebagai contoh akan apa yang dimaksudkan.
Gambar itu memperlihatkan gambar seorang wanita bertudung berjaya dibogelkan, ia sebenarnya hasil teknik yang boleh dilakukan dengan pelbagai aplikasi yang boleh digabungkan sehingga boleh menghasilkan gambar yang seakan-akan tulin. Zaman sekarang kita semua pun sudah tahu, dekat luar sana memang ramai editor yang power-power dan terrer-terrer yang kita tidak sangka. Malah aku pun boleh dikatakan pandai dalam menggunakan software ini tapi tidaklah sampai untuk berfikir dan explore hingga ingin membuat seperti ini. Tetapi, inillah yang berlaku sekarang. Ada tools (editor x-ray) di dalam photoshop boleh membuat gambar anda berpakaian akan menjadi bogel.
So, nasihatku, janganlah upload gambar dekat facebook or mana-mana laman sosial dengan keadaan 'OVER' kerana dikhuatiri gambar-gambar anda boleh dikomesialkan. Ambillah gambar dari atas dada dan ke atas. Dan juga, jangan pakai baju putih kerana editor akan lebih senang untuk edit gambar anda.Kecuali jika memang anda rela gambar anda dimanipulasi dan disalah gunakan ke satu tahap tertentu menggunakan aplikasi seperti editor x-ray.
Note : Berhati-hatilah dengan gambar-gambar yang anda terbitkan di mana-mana.

Bersyukur Dengan Wajah Yang Ada
Ramai di kalangan masyarakat zaman moden memilih untuk memperbaiki rupa paras mereka dengan melakukan pembedahan plastik.Dan trend ini bukan sahaja terhad di kalangan wanita, tetapi turut popular....
Thursday, January 5, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)