Wednesday, January 11, 2012

PADAH SEKEPING GAMBAR

TAHUKAH ANDA, wujud aplikasi yang dikenali editor x-ray yang boleh membogelkan gambar orang. Dalam erti kata lain, jika seseorang bergambar dengan memakai pakaian lengkap, dengan menggunakan aplikasi itu gambar dirinya boleh dijadikan tanpa memakai sebarang pakaian pula. Ia amat berkesan jika dilakukan ke atas orang yang memakai baju berwarna cerah atau putih.Lihat gambar sebagai contoh akan apa yang dimaksudkan.
Gambar itu memperlihatkan gambar seorang wanita bertudung berjaya dibogelkan, ia sebenarnya hasil teknik yang boleh dilakukan dengan pelbagai aplikasi yang boleh digabungkan sehingga boleh menghasilkan gambar yang seakan-akan tulin. Zaman sekarang kita semua pun sudah tahu, dekat luar sana memang ramai editor yang power-power dan terrer-terrer yang kita tidak sangka. Malah aku pun boleh dikatakan pandai dalam menggunakan software ini tapi tidaklah sampai untuk berfikir dan explore hingga ingin membuat seperti ini. Tetapi, inillah yang berlaku sekarang. Ada tools (editor x-ray) di dalam photoshop boleh membuat gambar anda berpakaian akan menjadi bogel.
So, nasihatku, janganlah upload gambar dekat facebook or mana-mana laman sosial dengan keadaan 'OVER' kerana dikhuatiri gambar-gambar anda boleh dikomesialkan. Ambillah gambar dari atas dada dan ke atas. Dan juga, jangan pakai baju putih kerana editor akan lebih senang untuk edit gambar anda.Kecuali jika memang anda rela gambar anda dimanipulasi dan disalah gunakan ke satu tahap tertentu menggunakan aplikasi seperti editor x-ray.

Note : Berhati-hatilah dengan gambar-gambar yang anda terbitkan di mana-mana.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.