12hb.Februari genaplah 33 tahun dari tarikh surat pelawaan Sabah untuk memajukan tanah SAHABAT;
12hb.April1979..Menandatangani Surat Perjanjian dengan Sabah diwakili oleh Ketua Menteri Sabah dan kata sepakat yang dimenterai disaksikan oleh Menteri Tanah dan Pembangunan Wilayah pada masa itu.
33 tahun SAHABAT telah wujud hasil visi dan misi pemimpin-pemimpin yang berkuasa melalui suara rakyat Wilayah Sabah. Pemimpin-pemimpin yang pada ketika itu benar-benar mahukan suatu perubahan dengan matlamat untuk dinikmati oleh rakyat Negeri di Bawah Bayu, telah lebih awal mengorak langkah melakukan suatu transformasi dengan meminta Kerajaan Persekutuan bersama membantu mempercepatkan program pembangunan di wilayah yang dinaunginya. Pemimpin dengan jolokkan Yang Berhormat nampak suatu keperluan untuk membangun dan memajukan tanah subur yang luas yang dikongsi bersama oleh rakyat Sabah yang terdiri dari puluhan etnik. Mereka dari awal tahu kemakmuran dikalangan pelbagai etnik ini tidak akan pernah menghalang andai berlaku suatu HIJRAH di daerah yang diwarisi bersama.
“…Kerajaan Negeri Sabah sangatlah mengalu-alu kemasukan dan penyertaan FELDA di dalam rancangan pembangunan di negeri ini. Kerajaan negeri memerlukan penyertaan FELDA untuk membantu di dalam mempercepatkan lagi proses dan tempoh pembangunan di negeri Sabah khususnya di bidang pembangunan tanah…” ( YAB Datuk Haris Mohd Salleh - Ketua Menteri Sabah )
04hb.April 1979..Sabah mengeluarkan surat tawaran untuk memajukan Semenanjung Dent di kawasan Lembah Segama dalam daerah Lahad Datu dan Umas-Umas di daerah Tawau.Dan kawasan-kawasan yang ditawarkan bertambah lagi pada tahun 1984.
“…adalah diharapkan bahawa FELDA boleh membuka projek-projek di negeri Sabah dengan secepat mungkin dan membantu Kerajaan Negeri Sabah dalam usaha-usaha pembangunannya…” ( YAB Datuk Haris Mohd Salleh - Ketua Menteri Sabah )
33 tahun SAHABAT telah wujud hasil visi dan misi pemimpin-pemimpin yang berkuasa melalui suara rakyat Wilayah Sabah. Pemimpin-pemimpin yang pada ketika itu benar-benar mahukan suatu perubahan dengan matlamat untuk dinikmati oleh rakyat Negeri di Bawah Bayu, telah lebih awal mengorak langkah melakukan suatu transformasi dengan meminta Kerajaan Persekutuan bersama membantu mempercepatkan program pembangunan di wilayah yang dinaunginya. Pemimpin dengan jolokkan Yang Berhormat nampak suatu keperluan untuk membangun dan memajukan tanah subur yang luas yang dikongsi bersama oleh rakyat Sabah yang terdiri dari puluhan etnik. Mereka dari awal tahu kemakmuran dikalangan pelbagai etnik ini tidak akan pernah menghalang andai berlaku suatu HIJRAH di daerah yang diwarisi bersama.
Pusat Pentadbiran SAHABAT di Bandar Desa Kencana
Dalam usia 33 tahun, SAHABAT telah wujud dengan sistem pentadbiran yang memiliki dana dan prasarana tersendiri diperolehi melalui hasil bumi Sabah. Sistem pengurusan SAHABAT yang seakan KERAJAAN dalam Wilayah Sabah telah berjaya melahirkan pelbagai kemakmuran hidup yang masih kurang diketahui oleh segelintir rakyat Sabah sendiri. Rakyat Sabah yang melakukan lawatan pertama ke SAHABAT pasti terkejut kerana di SAHABAT wujud bandar Cenderawasih yang masih tidak kelihatan di peta Wilayah Sabah. Jika bukan rakyat dari daerah-daerah berhampiran Lahad Datu, kunjungan pertama pasti membuat mereka terpegun melihat keindahan Laut Sulu di tinjau dari pesisir pantai SAHABAT yang memiliki sebuah resort yang jauh lebih baik dari mana-mana resort di sekitar pantai Timur Sabah.SAHABAT Resort yang digabungkan dengan pantai indah lengkap dengan trek pejalan kaki sesuai untuk melakukan riadah sambil menikmati tiupan angin Lautan Sulu
Bandar Cenderawasih dan beberapa bandar-bandar di SAHABAT, masih ramai rakyat Negeri Bawah Bayu tidak sedar kewujudannya.
Transformasi yang diinginkan pemimpin-pemimpin 33 tahun dahulu kini benar-benar telah mengubah lanskap sebuah lembah kepada sebuah kawasan makmur yang menjana jutaan RINGGIT MALAYSIA.
Sebagai rakyat yang memiliki Negeri Paduka Mat Salleh ini sedarkah anda SAHABAT SUDAH BERUBAH?
Ikut siri-siri akan datang kerana SAHABAT adalah WARISAN UNTUK GENERASI akan datang.Sabah Tanahairku
Pemuda-pemudi
Marilah Bersama..
( JANGAN SAMPAI LUPA LIRIK LAGU Di ATAS )
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.