Dalam keluaran lalu, diceritakan idea dan harapan pembangunan SAHABAT 33 tahun lalu. Selepas tempoh yang sudah amat matang, rakyat Sabah sepatutnya melihat impian pembangunan oleh pemimpin-pemimpin yang telah mengemukakan dan mempersetujui idea ‘tranformasi’ itu. SAHABAT perlu dikenali kerana ia dibangunkan atas alasan memacu pembangunan di Sabah.
Kedudukan Petugas SAHABAT Dari keluasan yang ditawarkan untuk dimajukan, kelulusan untuk kawasan SAHABAT adalah seluas 137,593.00 hekter dan seluas 107,492.00 hekter telah dimajukan. Keluasan yang dimajukan itu terdiri daripada 5.22% kawasan berpeneroka, 93.19% kawasan tidak berpeneroka, dan selebihnya menjadi kawasan penempatan dan bandar.
Mengubah lanskap Lembah Segama yang sukar dihubungi dan tidak dikenali kepada wajah SAHABAT hari ini bukanlah suatu perjalanan yang singkat dan mudah. Petugas-petugas yang terlibat meneroka dan hingga kini masih bertugas, telah menghabiskan 33 tahun dari usia mereka di SAHABAT. Petugas-petugas yang memiliki kenangan pahit manis sejarah awal pembangunan SAHABAT pasti gembira melihat dan bersama menikmati kemajuan yang kini ada di SAHABAT. Petugas-petugas ini terus berkhidmat walaupun tidak pernah digelar PENEROKA di lembah yang kini menghasilkan jutaan ringgit.
Dari keluasan yang ditawarkan untuk dimajukan, kelulusan untuk kawasan SAHABAT adalah seluas 137,593.00 hekter dan seluas 107,492.00 hekter telah dimajukan. Keluasan yang dimajukan itu terdiri daripada 5.22% kawasan berpeneroka, 93.19% kawasan tidak berpeneroka, dan selebihnya menjadi kawasan penempatan dan bandar.
Kawasan berpeneroka adalah kawasan dimana ditawarkan pemilikkan tanah kepada rakyat Sabah yang perlu dibayar kembali melalui potongan pendapatan hasil kebun kelapa sawit yang mereka perlu usahakan dan tanah-tanah ini hanya akan diberikan kepada mereka setelah mereka selesai membuat Bayaran Kembali. 9.12% dari 125,892.00 hekter iaitu di SAHABATdan Gugusan Umas ditawarkan kembali kepada rakyat Sabah sebagai PENEROKA FELDA. Sementara Gugusan Kalabakan belum lagi ditempatkan Peneroka yang sepatutnya terdiri dari suku Murut khususnya yang berasal dari kalabakan.
89.08% daripada kawasan dimajukan adalah kawasan tidak berpeneroka yang tidak ditawarkan kepada sesiapa dan diuruskan melalui anak-anak syarikat FELDA.
Pecahan Peneroka FELDA mengikut suku/etnik
Sejak Jemaah menteri pada 13hb.Mac 1996 menetapkan dasar tiada lagi pengambilan peneroka baru, peneroka FELDA di Sabah hanya terdiri dari seramai 1648 orang dengan keluasan kawasan yang ditawarkan untuk dibayar kembali seluas 10136.18 hekter keseluruhan. Peneroka-peneroka ini terdiri dari pelbagai suku dengan suku Bajau menjadi golongan yang paling ramai iaitu 42% dari 1648 orang tersebut.
Pada 14hb.Januari 1998 Jemaah Menteri telah bersetuju supaya tanah ladang yang tidak dimasukkan peneroka dikeluarkan hakmilik kepada FELDA dengan bayaran premium RM500.00/hekter. Keputusan tersebut disampaikan kepada semua Menteri Besar dan Ketua Menteri yang berkenaan. Berikutan keputusan tersebut, kerajaan Sabah telah mengemukakan tuntutan premium tambahan kepada FELDA bernilai RM122.9 juta. FELDA telah menjelaskan tuntutan tersebut pada 24hb.Februari 2000 menjadikan keseluruhan premium yang dibayar kepada Sabah sebanyak RM144.8 juta. Dengan nilai bayaran tersebut FELDA memiliki tanah lebih dari 100 ribu hekter (bukan ekar) di Sabah, yang pada asalnya hanya diminta oleh kerajaan Sabah untuk membantu mempercepatkan KEMAJUAN di SABAH. Dan sudah tentu pemilikan ini bukannya untuk satu dua tahun… Kini FELDA bukan sekadar membantu memacu pembangunan Sabah, tetapi menjadi tuan tanah untuk ratusan ribu hekter tanah di Wilayah Sabah.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.